create your own banner at mybannermaker.com!


Monday, 25 July 2011

Perkakasan Dan Perisian Yang Digunakan Dalam e-Dagang Silver


berikut ialah senarai tersebut
PERKAKASAN
  • Laptop - Acer 4738
  • Maxis Broadband Lite 3GB
  • Tetikus Optical Acer
  • Wayar Adapter Acer 4738
  • Speaker 500watt evo 4 HP
  • Telefon Bimbit Nokia N82  


PERISIAN
  • Operating System - Windows 7
  • Internet Browser - Google Chrome
  • MQL 4


Kajian Umum Mengenai Logam Perak



APA KAJIAN YANG DILAKUKAN?..
 kajian yang dilakukan ialah mengenai kewujudan logam dan perak di pasaran dunia. secara umumnya ramai pelabur- pelabur dan masyarakat amnnya masih tidak menyedari akan kelebihan logam perak.

KENAPA KAJIAN DILAKUKAN?
  • untuk menyelami pasaran silver pada masa yang akan datang.
  • untuk memastikan pasaran silver terus meningkat.
  • memberi kesedaran kepada umum akan kelebihan silver.
  • kaitan silver terhadap industri tempatan dan luar

BAGAIMANA IA DILAKSANAKAN?..
 melalui perbincangan atau seminar bersama pakar-pakar atau mereka yang lebih arif dalam pasaran saham silver. selain itu juga ia dapat dilakukan melalui sumber sumber bacaan dari internet, blogger, buku, dan media massa terkini.


APA YANG DIPEROLEHI?..
  1. kesedaran positif tentang kelebihan memiliki silver.
  2. keuntungan yang berlipat ganda melalui permintaan tinggi terhadap pasaran silver.
  3. keuntungan kewangan dalam pasaran silver didalam instaforex.

BAGAIMANA IA MEMBERI MAKNA?..
  1. nilai silver dapat menjadi alternatif dalam penggunaan mata wang hari ini.
  2. berkeyakinan tinggi terhadap pasaran silver yang semakin menjamin masa depan yang cerah.
  3. memberi kekuatan ekonomi yang kukuh terhadap individu seterusnya kepada negara.


Monday, 18 July 2011

Permintaan logam perak untuk kegunaan industri.

  • Semakin hari perak didapati memiliki banyak kegunaannya di dalam teknologi dalam keperluan harian. Tidak ramai yang mengetahui bahawa setiap ‘smart phone’ yang kini menjadi keperluan kebanyakan dari kita memiliki kandungan perak.
  • Begitu juga dengan setiap televisyen yang dikeluarkan hari ini. Kajian yang dijalankan mendapati bahawa penggunaan perak dapat meningkatkan keupayaan menarik frekuensi lebih dari tembaga. Kerana itulah telefon bimbit masa kini memerlukan penggunaan perak di dalamnya. Ini penting untuk menarik frekuensi liputan dan juga frekuensi ‘wifi’. 
  • Begitu juga sistem pengesan rangkaian VHF terhasil dari penggunaan perak.
  • Perak sterling digunakan untuk perhiasan, perabot perak dan sebagainya. 
  • Perak juga merupakan unsur penting dalam fotografi di mana sekitar 30% turun industri perak digunakan untuk bidang ini.
  • Perak juga digunakan sebagai campuran logam pengganti gigi, solder, tempat elektrik dan bateri perak-timah dan perak-cadmium. 
  • Cat perak digunakan untuk membuat litar cetak. 
  • Perak juga digunakan untuk pengeluaran kaca dan boleh didepositkan sebagai lapisan pada gelas atau logam lain dengan kaedah chemical deposition, electrode position atau dengan cara penguapan. Ketika perak baru saja didepositkan, lapisan ini merupakan reflektor cahaya yang paling baik. Tapi lapisan ini juga cepat rosak dan ternoda dan kehilangan reflektivitasnya. Walau lapisan perak bagus untuk cahaya, ia sangat buruk untuk memantulkan sinar ultraviolet. 
  • Silver fulminate, bahan letupan yang kuat kadang-kadang terbentuk saat pembentukan perak. 
  • Silver iodide digunakan untuk membuat hujan buatan
  • Silver chloride mamiliki sifat-sifat optikal yang unik kerana boleh dibuat telus. Silver nitrate, atau lunar caustic, yang merupakan sebatian perak yang penting banyak digunakan dalam bidang fotografi
  • Selama berates-ratus tahun, perak telah digunakan sebagai bentuk bayaran dalam bentuk syiling oleh banyak Negara. Kebelakangan ini sayangnya, pengambilan perak telah jauh melebihi pengeluarannya.

Masa depan pelaburan logam perak

1. Nilai wang semakin jatuh
Wang mengalami susut nilai,amat rugi menyimpan wang kertas ditambah inflasi semakin lama semakin banyak wang kertas diperlukan untuk membeli sesuatu barang..(jika wang kertas dikoyak koyak..adakah anda kutip? jika perak  walaupun sudah menjadi serbuk sekalipun,pasti ramai yang ingin memilikinya. Inilah contoh paling mudah dilihat wang kertas tidak ada nilainya melainkan atas kertas sahaja)

2. Harga perak semakin naik untuk jangka masa panjang
Pelaburan yang amat selamat..dan tidak perlu membuat apa-apa pun harganya naik. Simpan di ASB hanya mendapat 8% dividen dan ditolak inflasi tidak ada apa yg tinggal tetapi kenaikan harga perak 20%-36% setahun.

3. Perak adalah aset yang mudah cair
Perak boleh ditukarkan kepada duit bila-bila masa apabila anda hendak memakai duit kerana anda boleh menjualnya.Tetapi jika anda jual,anda telah hilang aset berharga.Oleh itu anda digalakkan memajak di ar rahnu untuk mendapatkan duit ketika memerlukan dan tebuslah secara ansuran.Jika tak mampu tebus sekaligus harta tak luak,duit pun dapat. Namun pilihan masing-masing,anda boleh menjualnya bila-bila masa.

4. Perak tidak boleh dicipta/dimanipulasi
Tidak ada seorang saintis pun yang berjaya mencipta perak. Perak adalah anugerah Allah yang tidak boleh dimanipulasi.

5. Pelindung kekayaan
Perak bernilai untuk selama-lamanya dan ia merupakan penyimpan nilai yang baik untuk jangkamasa panjang. Ramai jutawan di dunia menyimpan perak sebagai pelindung kekayaan mereka kerana mereka tidak yakin dengan ekonomi yang tidak menentu. Ia juga kalis inflasi.

6. Portfolio Pelaburan dan Pendapatan
Perak boleh dijadikan sebagai salah satu portfolio pelaburan yang sangat menguntungkan berbanding menyimpan wang di bank atau membeli saham.Ia juga boleh dijadikan sumber pendapatan dengan menjalankan perniagaan perak iaitu jual dan beli perak.

Saturday, 16 July 2011

Sejarah Awal Matawang Dinar


dinar dalam peradaban Islam, merupakan salah satu matawang syiling

Monday, 11 July 2011

Sejarah Logam Perak

Perak telah dikenal sejak zaman purba kala. Unsur ini disebut dalam Alkitab. Beberapa tempat buangan mineral di Asia Minor dan di pulau-pulau di Laut Aegean menunjukkan bahawa manusia telah belajar memisahkan perak dari timah sejak 3000 SM.



Takrifan Logam



Logam adalah unsur kimia yang mempunyai sifat-sifat kuat, liat, keras, penghantar listrik dan panas, serta mempunyai titik cair tinggi. Bijih logam ditemukan dengan cara penambanganyang terdapat dalam keadaan murni atau bercampur. Bijih logam yang ditemukan dalamkeadaan murni yaitu emas, perak, bismut, platina, dan ada yang bercampur dengan unsur-unsur seperti karbon, sulfur, fosfor, silikon, serta kotoran seperti tanah liat, pasir, dan tanah.

Bijih logam yang ditemukan dengan cara penambangan terlebih dahulu dilakukan proses pendahuluan sebelum di olah dalam dapur pengolahan logam dengan cara dipecah sebesarkepalan tangan, dipilih yang mengandung unsur logam, dicuci dengan air untuk mengeluarkan kotoran, dan terakhir dikeringkan dengan cara dipanggang untuk mengeluarkan wap yang mengandung air.



Sumber-sumber.

Perak muncul secara semulajadi dan dalam bijih-bijih argentite (Ag2S) dan horn silver(AgCl). Bijih-bijih timah, timbal-timah, tembaga, emas dan gangsa-nikel merupakan sumber-sumber penting untuk menambang perak. Di dunia belahan barat Mexico,Kanada, Peru dan Amerika Syarikat merupakan negara-negara pengeluar perak.


Monday, 27 June 2011

Dirham Kelantan


Pada 12hb Ogos, 2010 bersamaan 2hb Ramadhan, 1431 lalu, Menteri Beasr Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah melancarkan matawang Dinar dan Dirham di Dewan Konvensyen Kelantan Trade Centre (KTC). Ini adalah transformasi baru kerajaan PAS di Kelantan mempelopori penggunaan emas dan perak yang dikenali mata wang syariah emas dinar dan perak dirham.