Permintaan logam perak untuk kegunaan industri.
- Semakin hari perak didapati memiliki banyak kegunaannya di dalam teknologi dalam keperluan harian. Tidak ramai yang mengetahui bahawa setiap ‘smart phone’ yang kini menjadi keperluan kebanyakan dari kita memiliki kandungan perak.
- Begitu juga dengan setiap televisyen yang dikeluarkan hari ini. Kajian yang dijalankan mendapati bahawa penggunaan perak dapat meningkatkan keupayaan menarik frekuensi lebih dari tembaga. Kerana itulah telefon bimbit masa kini memerlukan penggunaan perak di dalamnya. Ini penting untuk menarik frekuensi liputan dan juga frekuensi ‘wifi’.
- Begitu juga sistem pengesan rangkaian VHF terhasil dari penggunaan perak.
- Perak sterling digunakan untuk perhiasan, perabot perak dan sebagainya.
- Perak juga merupakan unsur penting dalam fotografi di mana sekitar 30% turun industri perak digunakan untuk bidang ini.
- Perak juga digunakan sebagai campuran logam pengganti gigi, solder, tempat elektrik dan bateri perak-timah dan perak-cadmium.
- Cat perak digunakan untuk membuat litar cetak.
- Perak juga digunakan untuk pengeluaran kaca dan boleh didepositkan sebagai lapisan pada gelas atau logam lain dengan kaedah chemical deposition, electrode position atau dengan cara penguapan. Ketika perak baru saja didepositkan, lapisan ini merupakan reflektor cahaya yang paling baik. Tapi lapisan ini juga cepat rosak dan ternoda dan kehilangan reflektivitasnya. Walau lapisan perak bagus untuk cahaya, ia sangat buruk untuk memantulkan sinar ultraviolet.
- Silver fulminate, bahan letupan yang kuat kadang-kadang terbentuk saat pembentukan perak.
- Silver iodide digunakan untuk membuat hujan buatan.
- Silver chloride mamiliki sifat-sifat optikal yang unik kerana boleh dibuat telus. Silver nitrate, atau lunar caustic, yang merupakan sebatian perak yang penting banyak digunakan dalam bidang fotografi.
- Selama berates-ratus tahun, perak telah digunakan sebagai bentuk bayaran dalam bentuk syiling oleh banyak Negara. Kebelakangan ini sayangnya, pengambilan perak telah jauh melebihi pengeluarannya.
No comments:
Post a Comment