1. Nilai wang semakin jatuh
Wang mengalami susut nilai,amat rugi menyimpan wang kertas ditambah inflasi semakin lama semakin banyak wang kertas diperlukan untuk membeli sesuatu barang..(jika wang kertas dikoyak koyak..adakah anda kutip? jika perak walaupun sudah menjadi serbuk sekalipun,pasti ramai yang ingin memilikinya. Inilah contoh paling mudah dilihat wang kertas tidak ada nilainya melainkan atas kertas sahaja)
2. Harga perak semakin naik untuk jangka masa panjang
Pelaburan yang amat selamat..dan tidak perlu membuat apa-apa pun harganya naik. Simpan di ASB hanya mendapat 8% dividen dan ditolak inflasi tidak ada apa yg tinggal tetapi kenaikan harga perak 20%-36% setahun.
3. Perak adalah aset yang mudah cair
Perak boleh ditukarkan kepada duit bila-bila masa apabila anda hendak memakai duit kerana anda boleh menjualnya.Tetapi jika anda jual,anda telah hilang aset berharga.Oleh itu anda digalakkan memajak di ar rahnu untuk mendapatkan duit ketika memerlukan dan tebuslah secara ansuran.Jika tak mampu tebus sekaligus harta tak luak,duit pun dapat. Namun pilihan masing-masing,anda boleh menjualnya bila-bila masa.
4. Perak tidak boleh dicipta/dimanipulasi
Tidak ada seorang saintis pun yang berjaya mencipta perak. Perak adalah anugerah Allah yang tidak boleh dimanipulasi.
5. Pelindung kekayaan
Perak bernilai untuk selama-lamanya dan ia merupakan penyimpan nilai yang baik untuk jangkamasa panjang. Ramai jutawan di dunia menyimpan perak sebagai pelindung kekayaan mereka kerana mereka tidak yakin dengan ekonomi yang tidak menentu. Ia juga kalis inflasi.
6. Portfolio Pelaburan dan Pendapatan
Perak boleh dijadikan sebagai salah satu portfolio pelaburan yang sangat menguntungkan berbanding menyimpan wang di bank atau membeli saham.Ia juga boleh dijadikan sumber pendapatan dengan menjalankan perniagaan perak iaitu jual dan beli perak.
No comments:
Post a Comment